02/11/2016 : Berita Baik! Pengambilan Agen Kini Dibuka. Kuota Agen Adalah Terhad. Daftar Segera! (Untuk info lanjut, anda boleh Whatsapp/Call Abang Chik : 011-192 192 82. Terima kasih)

Showing posts with label Article Kaca Mata. Show all posts
Showing posts with label Article Kaca Mata. Show all posts

Rayban aviator pilihan sesuai untuk perempuan


RAY BAN AVIATOR PILIHAN SESUAI UNTUK PEREMPUAN

'Lelaki dan Ray ban tidak dapat dipisahkan'..Itu dulu =) sekarang kita datapt lihat bukan sahaja lelaki, tetapi wanita juga 'gilakan' kaca mata berjenama Ray ban ini. Jika dahulu(tahun 80'an dan 90'an) kaca mata oversize(kaca mata frame besar seperti saloma pakai=) menjadi pilihan wanita, tetapi hari ini kaun wanita terutamanya below 30'an lebih meminati Ray-ban Aviator berbanding kaca mata oversize. 


 
Wanita dilihat lebih menarik dengan kaca mata Aviator Large Metal Flash Lens.

Banyak kaca mata design aviator dapat dijumpai dipasaran dan pelbagai jenama, tetapi sudah menjadi trend di Malaysia, Ray-ban adalah jenama yang pali utuh di hati rakyat Malaysia =) Senario yang biasa kita dengar "din ko pakai Ray-ban apa ni?" Pada di din pakai spek mata jenama Maui Jim. Jarang2 kita dengar "din ko kaca mata jenama apa"....Nampak x kenapa Ray-ban merupakan jenama kaca mata yang paling popular di Malaysia....

Berbalik kepada Rayban dan perempuan, saya lihat kebanyakkan wanita Malaysia hari ini lebih gemar menggayakan Rayban jenis Aviator Large Metal. Jika dahulu sekiranya kaum wanita ingin membeli sepasang Rayban, mereka akan memilih saiz paling kecil sama ada saiz 52mmm atau saiz 55mm atau saiz 58mm...Tetapi hari ini ramai yang lebih gemar bergaya dengan Rayban Aviator Large Metal II bersaiz 62mm.

Impak artis sangat besar untuk trend sesuatu model kaca mata

Perkembangan trend pemakaian Rayban Aviator Large Metal di Malaysia oleh kaum wanita adalah lebih dikatakan dorongan dan pengaruh selebriti atau artis tempatan. Mereka mungkin meminati Megan Fox dan penampilan beliau, maka peminat akan menggayakan sama seperti di pakai oleh artis feveret mereka. Sekirnaya mereka meminati Scha, mereka juga akan meniru gaya penampilan Scha dengan spek mata kegemaran beliau yang sering kita lihat iaitu spek mata jenis Aviator=) Nampak kan kesan pengaruh artis kepada budaya penampilan hehehe...

Sekiranya anda berminat mendapatkan spesang kaca mata Rayban Aviator Large Metal, anda bolehla shopping di blogshop Abang Chik ini...terdapat banyak pilihan kaca mata menarik dijual disini. Kami menjual spek mata Rayban Original dan juga High Grade Quality Rayban... 



Ray ban Blue Iridium


Ray ban Blue Iridium 


Assalamualaikum semua,
Lama betul Abang Chik xupdate blog ini. Maaf saya sangat bz dengan urusan kerja luar. Seingat Abang Chik hampir 4 bulan Abang Chik tidak update blog kesayangan Abang Chik ini  dah banyak sarang dan habuk di blog ini. ..hehe


 
 Ray ban ini sesuai dipakai oleh lelaki dan perempuan.

Entry kali ini Abang Chik nak update tentang model Ray ban yang popular sekarang. Ya memang popular, digilai dan dicari oleh kaki Ray ban Malaysia. Abang Chik lihat ramai para penjual Ray ban mengiklankan model Ray ban ini di Facebook, Blog, Forum, Lelong dan banyak lagi platform pengiklanan popular. Model Ray ban yang Abang Chik masudkan Ray ban Blue Iridium.


Adi Putra juga bergaya dengan Ray ban Aviator Blue Iridium ini.

Malah baru baru ini Abang Chik ada lihat Ady Putra juga menggayakan model kaca mata Ray ban Blue Iridium ini semasa menjawab kontroversi yang melandanya. Saya juga menerima banyak pertanyaan yang berminat untuk mendapatakan spek mata jenis ini. Ray ban Aviator Blue Iridium ini merupakan kategori Ray ban Aviator Large Metal ll


Farid Kamil kelihatan hensem dan bergaya dengan spek Ray ban Iridium lens ini.


Sekarang pun bila keluar mana-mana pun, mesti dapat lihat orang pakai Ray ban Aviator Blue Iridium ini. Memang menjadi trend sekarang. Ianya boleh digayakan baik lelaki ataupun oleh perempuan. Terdapat beberapa frame yang 'dicombinekan' dengan spek ini antaranya frame silver, dan frame gold.

Sekiranya anda berminat untuk membeli Rayban Blue Iridium ini, kami ada menjualnya pada harga termurah disini, kedai Ray ban Malaysia.

Ray ban Clubmaster Folding


RAY-BAN CLUBMASTER FOLDING




Ya clubmaster folding !! Sebelum ini Ray-ban mengeluarkan Ray-ban Folding Aviator, setelah 1 tahun Ray ban Aviator Folding ini berada di pasaran Malaysia, kini syarikat gergasi kaca mata dari Italy ini mengeluarkan satu lagi kaca mata Ray-ban konsep 'boleh lipat' iaitu Clubmaster Folding. 

Sepertimana kita tahu, Clubmaster Ray-ban merupakan Ray-ban old skool yang sudah lama berada di pasaran. Banyak perubahan dari jenis patern, design, lens sudah dapat kita lihat Clubmaster Folding ini tetapi ianya masih dikekalkan patern asalnya. Tetapi yang mengejutkan bagi kaki Ray ban Malaysia, tahun 2013 Clubmaster Folding direalisasikan !!! 

Jika sebelum ini sekiranya spek mata akan diletakan diatas kepala sekiranya tidak dipakai, tetapi dengan Folding Clubmaster, anda boleh lipat dan masukkan kedalam poket seluar anda =)

Terdapat 4 pilihan warna Ray-ban Clubmaster Folding ini atau dengan kodnya juga disebut RB2176 dengan 2 daripadanya adalah lens polarized. Dari construction-nya pula, Ray-ban ini dikuatkan dengan 6 hinge layer. Kami sudah survey kedai Ray-ban sekitar KL masih tiada optikal shop menjual Ray ban Clubmaster ini. Kami jangkan dalam bulan 10, Ray-ban Clubmaster Folding ini akan berada dipasaran Malaysia.

Jadi sekiranya anda terfikir untuk membeli sepasang Ray ban Original, tetapi masih belum pasti model apa yang ingin dibeli, kami cadangkan Ray ban Clubmaster Folding. Ianya amat sesuai digayakan baik untuk lelaki dan perempuan. Harga Rayban Clubmaster Folding ini di Malaysia sekitar RM750-RM900.



Tags: Ray ban, Clubmaster Folding, Ray ban Original, Harga Clubmaster Folding, Ray ban Malaysia, Ray ban Aviator Folding.

Abang Chik official logo


Abang Chik Official Logo

Baru-baru ini, Abang Chik telah outsource website graphic designer untuk create satu logo offial untuk Abang Chik. Kegunaan logo ini dimana Abang Chik gunakan pada invoice pelanggan. Jadi setiap invoice pembelian kaca mata hitam dengan Abang Chik nampak lebih profesional dan official.  Jom lihat logo company Abang Chik.

Logo just simple dengan design tapi bagi Abang Chik kemas dan memenuhi citarasa saya. Logo tersebut diilhamkan dari lens jenis Ray-ban Aviator. Hanya menggunakan sebelah lens suapaya logo nampak simple. Ditengah-tengah lens tersebut adalah nama syarikat, Abang Chik beserta tagline iaitu sunglasses supplier.

Itu sahaja nak dikongsikan dengan follower blog Abang Chik. Sudah lama blog tidak diupdate jadi Abang Chik xtahu nak berkongsi apa selain aktiviti syarikat terbaru Abang Chik =) ok jumpa lagi..

Trusted Oakley dan Ray ban Supplier Malaysia




date : 30/03/2013
by : Abang Chik | Sunglasses Supplier



Salam semua, 
Apa Khabar semua sihat?

Ok entry ringkas kali ini Abang Chik nak tunjukan bukti salah satu Tagline yang Abang Chik gunakan untuk Syarikat saya, Abang Chik Trading iaitu 'BUY WITH CONFIDENT'. Memang tidak dapat dinafikan banyak masalah akan timbul sekiranya membeli secara online, lebih teruk jika barang yang anda order langsung tidak sampai. Tetapi bagi pembeli yang bijak, membeli atas talian amat mengutungkan mereka, kerana rata-rata penjual di Internet belumba-lumba memberikan harga yang paling murah berbanding pesaing mereka, jadi jika anda merupakan pembeli yang bijak, belian melalui Internet adalah pilihan yang tepat dan menjimatkan!! Tetapi bagaimana untuk safe shopping di Internet? Ok, Abang Chik akan kongsikanya pada artikel aka datang, kali ini Abang Chik lebih fokuskan kepada pembelian online kaca mata hitam sahaja disebabkan saya merupakan supplier Ray ban Malaysia ini =)


Pembeli happy barang yang dihantar sudah sampai, dan berpuas hati.

Ok. pastinya anda dapat lihat ramai peniaga spek mata Ray ban dan Oakley di Malaysia ini, menjual secara online. Tetapi adakah anda boleh beli dengan Confident? Ya, 70% dari pembeli akan melakukan survey terlebih dahulu sebelum membeli kaca mata. Pastinya harga lebih murah diiklan oleh penjual kaca mata akan menjadi pilihan pembeli walaupun status penjual kaca mata tersebut tidak diketahui sama ada trusted seller mahupun scammer. Bukan apa, ramai pembeli yang pernah membeli spek mata Ray ban dengan Abang Chik sebelum ini mengadu tentang Ray ban seller atau Seller Oakley yang pernah mereka beli dahulu kerana barang yang diorder tidak sampai dan barang yang sampai tidak seperti yang diiklan oleh penjual!!


Sebahagian Ray ban dan Oakley sedia untuk dihantar kepada pelanggan Abang Chik

Jadi disini Abang Chik nasihatkan anda perlu berhati2 apabila  membeli secara online, bukan sahaja kaca mata Ray ban atau Oakley sahaja, tetapi juga apa2 barang sekalipun. Pastikan penjual seller tersebut mempunyai kredibiliti dan kebanyakkan trusted seller mereka menyediakan pembelian secara hand-on atau COD. Jadi jika anda hendak membeli kaca mata tetapi penjual tersebut tidak menyediakan khidmat COD, hati-hati ya=)

Tips lain adalah dengan follow aktiviti seller. Kebabanyak penjual spek mata mereka pastinya ada fanpage Oakley atau Ray ban di Facebook untuk iklankan produk mereka. Jadi, anda follow dahulu setiap aktiviti mereka dan komen atau feedback dari pelanggan yang pernah berurusan dengan seller tersebut. Jangan kelam-kabut untuk terus membeli spek mata kegemaran anda, biar lambat asalkan wang anda tidak hangus=) Tetapi bagi kes anda pernah berurusan dengan seller tersebut dan anda berpuas hati dengan khidmat dan produk beliau, jadi tiada masalah anda boleh lakukan pembelian dengan senang hati =)
 

Ray ban Nora Danish style


RAY BAN NORA DANISH STYLE


Salam semua, 
Hari ni Abang Chik nak update tentang Ray ban Nora Danish ala-ala Nora Danish. Sebenarnya banyak model kaca mata hitam yang dipakai oleh Nora Danish tetapi bagi kaki Ray ban Mania sepastinya mereka mahukan kaca mata berjenama Ray-ban yang dipakai seperti Nora Danish untuk digayakan =)

Ok jom tengok model Ray ban yang dipakai oleh Nora Danish seperti dibawah. Model ape ye? Hehehe...Model Ray ban yang dipakai oleh Nora Danish adalah model Ray ban Aviator. Frame bewarna Gold dan Lens bewarna hijau kilat atau dalam term kaca mata dipanggil Gold-Green Shinning. Cantik kan model Ray ban ni =)

Tentu bagi wanita mereka lebih gemarkan saiz Ray ban 'ngam' dengan muka mereka. Jika dilihat gambar dibawah, saiz Ray ban yang dipakai oleh Nora Danish adalah bersaiz 62mm atau L. Ya saiz L...Tapi nampak ok kan hehehe.....Kalau diikutkan saiz sebenar, saiz Ray ban yang ngam dengan Nora Danish adalah bersaiz M atau 58mm kerana saiz muka beliau yang comel =) Tetapi beliau berani tampil bergaya dengan Ray ban dengan memakai Ray ban bersaiz 62mm, nampak cool kan...


Ok, buat kaum hawa yang ingin menacari kaca mata Ray ban untuk wanita, mungkin ini merupakan satu idea untuk anda, Aviator 3025 Gold-Green Shinning ala-ala Nora Danish Style!! Memang cantik model kaca mata ini untuk digayakan oleh kaun perempuan. Anda boleh mendapatkanya di store kaca mata online Abang Chik atau secara terus di showroom kaca mata Abang Chik...Harga yang ditawarkan memang menarik setanding dengan kualiti. Call/SMS Abang Chik 016-7701302.


Ray ban Aviator Rayban sepanjang zaman


RAY BAN AVIATOR RAY BAN SEPANJANG ZAMAN


Date : 28/02/2013 
Oleh : Abang Chik


Pengenalan Ray ban Avaitor

Salam, Apa Khabar buat peminat Ray ban =)
Ok artikel kali ini Abang Chik nak bercerita tentang sejarah dan perkembangan Ray ban yang paling popular di Malaysia dan dunia iaiti Ray ban Aviator. Sebelum ini Abang Chik dah banyak tulis artikel berkenaan Ray ban Aviator ini tetapi saya bahagikan kepada part2 yang berlainan. Kali ini saya menulis secara lengkap dalam satu entry tentang Ray-ban Aviator ini.

Ramai yang memakai Ray-ban jenis Aviator ini tetapi ada segelintir dari kita tidak tahu model Ray ban tersebut. Ok, bagi yang tahu abaikan ye=) Ray ban jenis Aviator ini berbentuk bujur ke bawah. Bak kata orang kampung "Ray ban Telur" ... Frame kaca mata Aviator ini mempunyai 2 layer besi diatas dan sedikit dibawah. Besi frame yang di bahagian atas dipanggil Bridge.

Sejarah



Model kaca mata Aviator yang pertama dicipta oleh Ray-Ban. Ianya dicipta untuk tentera Amerika dalam menghadapi perang ke II. Aviator dicipta khas untuk Pilot tentera Amerika bagi mengahalang sinara cahaya matahari dan bias cahaya yang menghalang penglihatan ketika misi penerbangan. Oleh itu kadar dan jarak penglihatan bertambah baik dan lebih jelas.



Ray ban Aviator ini juga dilihat dipakai oleh General Douglas MacArthur ketika perang dunia ke-2 ketika tentera USA mendarat di Philippines sekitar tahun 1944.


Kepopularitian Aviator tersebar!



Pada tahun 1986, didalam filem Top Gun lakonan Tom Cruise dan Val Kilme, mereka dilihat menggayakan Ray ban jenis Aviator ini. Disebabkan kepopuritian Tom Cruise, secara tidak langsung Ray ban model Aviator ini terus dikenali diseluruh dunia. Pada waktu ini, Aviator merupakan kaca mata yang paling laris dipasaran dan menjadi trend ketika ini, malahan memakai Aviator merupakan satu gaya Evergreen sehingga kini masih digayakan=)


 

Ramai dikalangan artis antarabangsa memakai Ray ban jenis Aviator, selain Tom Cruise, Megan Fox juga antara artis yang menggilai Ray ban Aviator. Bagi artis Malaysia pula, kita dapat melihat Farid Kamil mengayakan Aviator Ray ban ketika membintangi filem Lagenda Budak Setan.


Saiz Ray ban Aviator

Ramai masih keliru tentang saiz Ray -ban. Bagaimana ianya diukur. Saya selalu mendapat pertanyaan kepada mereka yang berminat untuk membeli Ray ban dengan saya tetapi tidak tahu apa saiz yang dipakai oleh mereka. Jawapan saya kepada pembeli selalu " Awak ke kedai kaca mata, kemudia try satu2 spek, dan jika anda rasa selasa itulah saiz yang sesuai untuk awak" dan jawapan kedua saya jika mereka malas untuk survey saiz, "Awak berikan berat, tinggi, saiz pinggang dan kasut awak, nanti Abang Chik suggestkan"

Ok sila lihat gambar dibawah. Selalunya untuk Ray ban Aviator Made in Italy ada 3 saiz iaitu :


Ray ban RB3025 Large Metal Aviator (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 58mm)


Ray ban RB3026 Large Metal II (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 62mm)

             


Ray ban RB3044  Metal Aviator (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 52mm)


Perubahan Model Aviator

Seiring dengan peredaran zaman, Ray ban Aviator juga mengalami transfomasinya juga. Antara model Ray ban yang lahir dari ilham Ray ban Aviator adalah :-

  • Ray ban Aviator Shooter
  • Model : RB3138
  • Ciri-Ciri : Mempunyai 'O' pada bahagian bawah Brigde dan mempunyai Sweet Bar atau palang tahan peluh diatas Bridge.


  • Ray ban Outdoorsman Aviator Spring Arm (cable Temple)
  • Model : RB3030
  • Ciri-Ciri : Mempunyai sweat bar pada bahagian atas bridge dan pada bahaigan armnya adalah jenis spring.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perubahan model Aviator sehingga dari ini. Tetapi ciri utamanya iaitu shape lens bentuk aviator dikekalkan. Antara perubahan model Aviator adalah seperti model Aviator Outdoorsman, Aviator Tech, Aviator Ladies, Aviator Gradient, Aviator Diamond Hard, Aviator Temple with rubber dan banyak lagi=)

Ok sampai disini sahaja yang dapat Abang Chik kongsikan. Jika anda ada sebarang pendapat bolehlah utarakan pendapat antara dibahagian komen dibawah. 

Harga Rayban Made In USA sekitar tahun 90'an


HARGA RAY BAN BL USA SEKITAR 90'an

Peminat kaca mata semestinya tahu kepuasan memiliki Ray ban USA bukan kerana rekabentuknya sahaja malahan lebih dari itu =) Ini kerana Rayban made in USA ini sudah tidak dijual dikedai-kedai kaca mata, kalau ya pun ada, koleksi Rayban itu adalah NOS (New Old Stok). Ini kerana Bausch Lomb iaitu syarikat yang mengeluarkan kaca mata Ray-ban Made in USA ini telah menghentikan pengeluaranya dan diambil alik sepenuhnya oleh syarikat sunglasses dari Italy.

Tahukah anda nilai Rayban made in USA ini nilainya makin meningkat tahun demi tahun? Bukan sahaja nilai emas ye meningkat malah nilai Ray-ban Made In USA ini juga meningkat saban tahun. Ya, jika anda layari Internet, kaca mata Rayban Made In USA sekarang yang paling rendah Abang Chik jumpa RM500. Kalau NOS punya lagi la mahal hehehe. Ray ban USA yang paling mahal pernah Abang Chik jumpa jenis Aviator dimana frame dia disaluti emas tulen dan harganya RM15K!!! 

Ok berbalik kepada harga Ray ban BL USA sekitar tahun 90'an, memang murah kan..hehehe..kalau tahu harganya meningkat dengan banyak, dari dahulu Abang Chik beli banyak2 Ray-ban USA ini buat koleksi dan jual=) Tapi kita pun expect Bausch Lomb ini dibeli oleh syarikat kaca mata terkenal Italy...aduhhh sayangnya..hehehe

Rujukan dibawah antara harga Ray ban BL USA yang berada dipasaran Malaysia sekitar tahun 90'an. Antaranya Outdoorman BL, Outdoorsman II BL dan Ray ban Shooter. Kepada yang ingikan Ray ban USA original contact saya nanti saya beritahu seller yang masih ada banyak lagi stok Rayban BL USA ini=)







Tags : Harga Ray ban USA, Harga Ray ban BL Malaysia, Harga kaca mata BL USA, Ray ban USA harga di Malaysia

Ray ban 2140 Wayfarer Maya Karin Style


Ray ban Maya Karin Style


Jika anda mengimpikan memiliki sepasang kaca mata Ray-ban seperti mana ala artis style, tentunya Rayban jenis Wayfarer RB2140 antara pilihan yang terbaik. Gambar terbaru Maya Karin ketika bercuti memakai sepasang kaca mata jenis Wayfarer RB2140. Sangat cantik =)

Ray ban Wayfarer sememangnya terkenal dengan gaya retro modern kotemporary. Biarpun antara Ray ban yang telah lama wujud dipasaran, Ray ban Wayfarer masih lagi menjadi kegilaan dan dicari oleh penggemar Ray ban, bahkan populariti bentuk Wayfarer shape ini ditiru oleh pegeluar jenama kaca mata yang lain dengan design yang hampir serupa dengan Wayfarer Rb2140 ini.

Ramai yang bertanyakan Abang Chik adakah Rayban 2140 ini sesuai digayakan oleh perempuan, jawapanya ya=) Sepertimana Maya Karin yang menggayakan Ray-ban ini (digambar bawah) lihat memang sesuai kan...Sejak tahun 80'an lagi Ray ban jenis ini digayakan oleh artis Hollywood perempuan jadi pastinya tiada persoalan adakah Ray ban ini sesuai atau tidak digayakan oleh kaum wanita =)

 



Kepada yang berminat untuk order Rayban Wayfarer RB2140 bolehla SMS/Call saya Abang Chik 016-7701302. Happy n Safe Shooping =)

Oakley Frogskins VR 46


Oakley Frogskins VR 46 Valentino Rossi Edition

Kepada peminat-peminat MotoGP yang pastinya nama Valentino Rossi antara satu icon terbesar dalam bidang perlumbaan moto berkuasa tinggi ini. Ketika Abang Chik menulis artikel ini, Valentino Rossi masih lagi bersama team Yamaha. Sebelum bercerita lanjut tentang kolabrasi Oakley bersama VR, jom kita singkap sedikit latar belakang pelumba yang menjadi idola remaja yang berminat menceburi bidang permotoran.

Valentino Rossi dilahirkan pada 16 February 1979 di Urbino, Italy. Puncak kejayaan VR ini adalah ketika memenangi juara 7 kali kelas 500cc dan MotoGP.  Rossi memegang rekod yang terbanyak memenangi perlumbaan 500cc dan MotoGP dengan kemenangan sebanyak 79 kemenangan. Beliau kini boleh dianggap sebagai lagenda dalam bidang perlumbaan MotoGP.

Ok, sekarang berbalik kepada gabungan 2 nama besar iaitu dalam bidang permotoran iaitu Valentino Rossi dan juga nama besar dalam bidang kaca mata iaitu Oakley. Kerjasama anatara VR dan Oakley menghasilkan satu produk kaca mata yang berkualiti dan digilai ramai sehingga kini iaitu Oakley Frogskins VR46. Sebenarnya banyak lagi model kerjasama antara Rossi dan Oakley diterjemahkan dalam bentuk kaca mata seperti Holbrook VR46, Jupitered Squared VR46. Tetapi kini kaca mata yang dicari oleh peminat Rossi adalah jenis Frogskins. 

Oakley Frogskins VR46 Edisi Valentino Rossi.


Kepada peminat Oakley Malaysia yang masih mencari Oakley Frogskins edisi VR46 pada harga termurah dan berkualiti, pastinya disinilah tempatnya. Kami menawarkan harga Oakley Frogskins VR46 pada harga RM140 sahaja dengan kos pengahataran percuma di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat untuk order sila SMS/Call/Whatapps saya Abang Chik 0167701302.

Showroom kami berpindah dari Cheras ke Sentul


Showroom kami berpindah dari Cheras ke Sentul


Assalamualaikum,
Sedikit makluman penting, showroom kaca mata hitam telah berpindah. Jika dahulunya kami beroperasi di Cheras, kini kami beroperasi di Sentul, Kuala lumpur. 

Jika anda sekitar Lembah Klang dan tidak mahu postage, anda di galakan terus datang ke showroom kami di Sentul untuk terus pick-up dan mencubanya di sini. Terdapat banyak pilihan Ray-ban dan Oakley yang ada disini dan 30% daripadanya kami tidak iklankan lagi di blog jualan Kedai Ray ban Malaysia Oakley Malaysia ini. 

Untuk datang ke sini anda boleh rujuk kepada di lokasi showroom kami disini. Kami telah sediakan google map bagi memudahkan anda access ke showroom kami=)
 Peta bagaimana ke showroom kaca mata hitam

Sila call/SMS saya dahulu untuk datang membeli Ray-ban, Oakley atau kaca mata hitam disini kerana saya risau saya tiada disini ketika anda datang. 


Best Regard,
Abang Chik.
016-7701302

Ray-ban dan Oakley disini bukan kualiti downtown/uptown


Ray-ban dan Oakley disini bukan kualiti uptown/downtown

 Kaca mata hitam atau orang kita lebih suka sebut spek mata, bukan lagi merupakan aksesori golongan artis seperti suatu ketika dahulu, bahkan spek mata hitam merupakan satu aksesori yang perlu ada untuk setiap orang. Apa pentingnya spek mata ini? Ya...memang spek mata merupakan salah satu aksesori yang agak mahal jika dibandingkan dengan gelang, rantai (bukan emas ye), tali pinggang cap dan aksesori lain. tetapi pernahkah anda terpikir berapa pula nilai mata anda yang dianugerahkan oleh-Nya? Tidak bernilai bukan dan kita seharusnya menjaga anugerah bernilai ini.

 Spek mata kini merupakan aksesori wajib untuk setiap individu


Ok, bebalik kepada tajuk entry ini, Abang Chik ini tegaskan bahawa kaca mata jualan disini Ray-ban dan Oakley tidak sama dengan yang ada di downtown dan uptown malahan kualitinya jauh sama sekali. Jom Abang Chik huraikan satu persatu perbezaan yang boleh dilihat antara spek mata jualan kami dengan spek mata uptown dan downtown.


Spek mata downtown/uptown amat berbahaya untuk mata si pemakai.


Harga
Harga yang kami tawarkan bermula dari RM80-190 disini. Harga spek mata kami adalah yang termurah setanding dengan kualitinya. Jika anda lihat spek mata downtown/uptown adalah beharga sekitar RM5-RM60. Kenapa harga jauh berbeza dengan kami? Ini kerana kualitinya adalah jauh berbeza. Cuba anda rasai sendiri dengan membuat perbezaan kaca mata kami dengan spek mata jualan downtown/uptown.

UV Protection
Boleh dikatakan kualiti spek mata downtown/uptown adalah 0%. Kenapa? Kerana tiada UV protection dan boleh merosakan mata si pemakainya. UV protection A/B 400 ini sangat penting kerana dapat melindungi mata dari cahaya UV yang boleh merosakan mata. Malah jika anda memakai spek mata downtown dan uptowown yang mana lensya diperbuat dari 'plastik kosong' bukan sahaja tidak melindungi mata, malahan anda berpeluang mendapat kanser dari kesan sampinganya. 

Lens
Kebanyakan lens Ray-ban uptown diperbuat dari plastik. tetapi Ray-ban jualan kami disini lens Ray-ban diperbuat dari kaca dengan teknologi sama seperti Ray ban original.

Frames
Untuk membandingkan frame sangat mudah. Frames Ray ban pasar malam/downtown/uptown ringan dan selalunya diperbuat dari plastik. Jika ada yang diperbuat dari besi, sebagai contoh Ray ban Aviator, mudah sahaja anda cuba bengkokkan arm tersebut dan pastinya kaki arm tersebut tidak 'kick' balik. 

Marking
Marking bagi spek mata downtown/uptown sangat merapu. Tidak betuk sama sekali seperti high grade mahupun original.

Finishing kualiti
Ini faktor yang susah diterangkan. Bagi yang biasa 'bermain' Ray ban atau Oakley pastinya anda akan tahu perbezaan Original Ray ban  atau Oakley Original dan High Grade kualiti serta Downtown/uptown. Jika dibandingkan 99% high grade kualiti finishing made sama seperti original manakala hanya 5% spek Ray ban dan Oakley downtown dan uptown sama seperti original.

Ok itu sahaja yang dapat Abang Chik kongsikan. Semoga panduan ini bermanfaat untuk kita bersama. Berjumpa lagi di panduan akan datang.
 





Abang Chik Trading


ABANG CHIK TRADING

Salam semua buat kaki Oakley dan Ray-ban semua,
Sedikit pengumuman pendek, mulai hari ini 17/01/2013, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Spek Mata dengan Abang Chik, pembayaran bolehlag dilakukan melalui akaun semasa syarikat kami, iaiti ABANG CHIK TRADING

Sebelum ini pembayaran dilakukan atas nama persendirian tetapi kami telah mengambil keputusan untuk membuka akaun semasa Syarikat ABANG CHIK TRADING ini atas beberapa faktor. 

Apa yang team kami harapakan kepada terutamanya kepada regular customer Abang Chik yang selalu membeli spek mata Ray-ban dan Oakley dengan Abang Chik dapat menukar no akaun seperti di bawah. Ini kerana amat penting bagi memudahkan dan melincinkan urursan pembelian dan penghantaran spek kepada anda. Happy & Safe shopping at kacamatahitam dot com=)






Buy with confindent,
Abang Chik
016-7701302

Spek mata Maya Karin dalam Lagenda Budak Setan 2


Ray ban Maya Karin Lagenda Budak Setan 2

date 13:01/2013

Salam 1 Dunia buat kaki Ray-ban Malaysia semua =)

Sejak cerita Ladenda Budak Setan 2 ditanyangkan, ramai yang bertanyakan kepada Abang Chik tentang Ray ban yang dipakai oleh Maya Karin dalam Lagenda Budak Setan 2. Yang peliknya banyak soalan ini dari lelaki...Ehhh..Maybe diorang nak kasi bini/tunang/awek diorang kot ya =)

Menyentuh tentang Lagenda Budak Setan 2, tahun lepas Abang Chik pernah menulis Ray ban yang dipakai oleh Farid Kamil dalam movie Lagenda Budak Setan. Memang semasa cerita itu ditayangkan, Ray ban yang dipakai oleh Farid Kamil mendapat sambutan paling hangat. Ray ban Silver-Mercury Mirror.  Apa Ray ban yang dipakai oleh Maya Karin ini ya? Jom tengok dulu snapshot dari Movie Lagenda Budak Setan 2...


Promo Lagenda Budak Setan 2 dengan Maya Karin memapaki Ray ban Wayfarer


Rayban RB2140 ini merupakan Ray-ban Unisex

Memang smart Maya Karin menggayakan Ray ban Wayfarer RB2140 ini.



 Model Ray ban yang dipakai oleh Maya Karin adalah Ray ban Wayfarer RB2140. Sememangnya Ray ban Wayfarer ini merupakan hot model. Ray ban ini sudah lama berapa di pasaran tetapi masih lagi 'hidup' sehingga hari ini. Ray ban Wayfarer RB2140 diketegorikan sebagai 'timeless sunglass blend by modernity'. Model Wayfarer dikatakan salah satu model bagi ray ban yang tidak akan pupus dipasaran kerana ianya mempunyai peminatnya tersendiri.

Sememangnya Ray ban Wayfarer ini lebih banyak digayakan oleh lelaki. gaya Maya Karin dengan Wayfarer ini sesuatu yang berani. Tetapi orang cantik pakai apa pun nampak cantik kan =) Buat wanita diluar yang mencari Ray ban seperti Maya Karin ini, bolehla melihat gambar dan harganya disini -> WAYFARER RB 2140 .

Zizan dan Oakley Frogskins beliau


date: 12/01/2013


Zizan dan Oakley Frogskins beliau




Salam satu dunia buat kaki Oakley Malaysia,

Sudah lama Abang Chik tak menulis review terbaru pasal sunglass Oakley, kerap kali artikel yang Abang Chik keluarkan lebih kepada Ray ban sunglass sahaja. Ok malam ni Abang Chik terasa rajin nak menulis entry baru untuk blog kacamatahitam ni. Just simple entry, jom layan gambar salah seorang die hard fan Oakley, mesti korang kenal punya siapa lagi kalau bukan Zizan!

Smart x spek mata Frogskins Zizan ni?

 
Gambar ni Abang Chik terima dari seseorang fan Zizan whatapps Abang Chik bertanyakan stok tentang Oakley frogskins yang Zizan pakai ni ada ke dop? Menang betul2 dia nak spek yang sama macam bro Zizan kita ni pakai. Ya Abang Chik ada jualnya spek frogskins macam Zizan pakai ni. Model spek ni adalah Oakley Frogskins, frame putih dan lens Ruby Iridium.

Kepada yang berminat nak dapatkan Frogskins macam Zizan pakai ni boleh roger saya 016-7701302 Abang Chik...Harga macam biasa siapa yang pernah deal dengan Abang Chik mesti tahu, harga kaw kaw murah setanding dengan kualiti. 100% dijamin puas hati=)




Tags: Spek Zizan, Spek Zizan Maharaja Lawak, Spek Frogskins Zizan, Spek Oakley Zizan, frogskins Zizan
  

Selamat menyambut tahun 2013


SELAMAT MENYAMBUT 2013 DARI TEAM ABANG CHIK 




Happy New Year 2013!!! Sedar xsedar tahun 2012 sudah meninggalkan kita. Bagaimana impian dan target anda tahun 2012? Sudah tercapai? Apa azam tahun baru anda 2013 pula? Ok, Abang Chik just nak sharing apa yang Abang Chik lalui sepanjang 2012 dan azam tahun 2013 pula secara ringkasnya =)

Tahun 2012 adalah tahun yang paling bersejarah bagi saya. Alhamdulillah pada tahun 2012, iaitu November saya telah menamatkan zaman bujang saya. Alhamdullilah semua majlis berjalan lancar kecuali majlis di Titiwangsa yang agak kelam kabut kerana ada berlaku masalah sedikit. Lagi 2 majlis dikampung halaman selamat dijalankan seperti biasa.

Tahun 2012 juga menyaksikan, saya memperkembangkan bisnes dalam bidang borong perfume. Alhamdulillah pertengahan tahu 2012 saya telah membuka kedai perfume. Saya hanya menjadi pemborong perfume, kami supplier perfume, body mist, vials dan miniature kepada penjual-penjual perfume online dan pasar malam. Kalau anda merupakan pemborong perfume dari Dubai bolehla contact Abang Chik kita boleh bincang harga borong, insyallah dijamin harga termurah di Malaysia.

Bagi azam 2013 pula? Bagi azam 2013 pastinya saya ingin mengembangkan lagi empire kacamatahitam.com ini. Pada tahun 2012, web online store Ray ban dan Oakley Malaysia ini agak suram kerana saya lebih menumpukan kepada kedai fizikal. Insyallah, setelah semua kerja-kerja di kedai dapat dikurangkan, lebih banyak model-model Ray ban dan Oakley akan masuk di dalam web kacamatahitam dot com ini. Nantikan ye =)

Ok itu sahaja dapat dikongsikan dengan pembaca sekalian. Anda juga boleh kongsikan azam tahun baru anda kepada email saya. Teringin juga saya nak baca....ok Assalamulaikum semua dan selamat menyambut tahun baru 2013 buat kaki Ray ban dan Oakley Malaysia semua...=)

Power of mouth


Date: 1/1/2013
Power of Mouth
(viral markerting percuma yang berkualiti)

Artikel kali ini Abang Chik nak berkongsi tentang feedback pelanggan yang berpuas hati membeli di dengan kami di Ray ban Malaysia online shopping store. Rekemended by ________. Itulah antara marketing viral yang mana pada pendapat Abang Chik memang penting. Marketing ini dinamakan sebagai "The Power of Mouth". Cuba anda lihat SMS yang Abang Chik terima.


'Salam tuan, azlan dari Teluk Intan...mmber bagi no..apa nama blog Ray ban tuan'. Ini bermakna apa yang boleh kita tahu, kawanya pernah membeli Ray ban dengan Abang Chik sebelum ini, dan berpuas hati dengan kualiti Ray ban dan service dari Abang Chik dan kemudian si pembeli tersebut telah rekemen-kan kepada kawanya iaitu Azlan=) 

Cuba anda bayangkan jika anda mempunyai 100 orang pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti barang jualan anda tidak kira sama ada kaca mata atau produk fizikal yang lain, dari 100 orang mungkin 50 orang akan rekemen kepada kawan-kawan mereka atau ahli saudara mereka. Jadi anda telah mendapat 'iklan' secara percuma!! Tetapi yang paling penting iklan percuma anda itu adalah iklan percuma yang berkualiti. 

Dari pengalaman Abang Chik menjual Ray ban dan Oakley, memang ramai yang beli dengan Abang Chik melalui kenalan mereka yang pernah membeli denhan saya sebelum ini. Alhamdulillah, mereka yang membeli pula berpuas hati dan rekemen kepada member yang lain pula dan hal ini menjadikan website www.kacamatahitam.com amat popular dikalangan kaki Ray ban dan peminat Oakley.




6 jenis lens digunakan Ray-ban


6 JENIS LENS DIGUNAKAN RAY-BAN 


Apabila anda membeli Ray-ban terdapat beberapa faktor yang perlu tentang Ray-ban. Salah satau yang terpenting adalah lens yang digunakanya. Buat pengetahuan anda, Ray-ban merupakan peneraju utama kaca mata sejak dari tahun 1937 lagi. Hari ini Abang Chik kongsi jenis lens-lens yang digunakan oleh Ray-ban.

Lens G-15
 Lens G-15 sememangnya sinonim dengan kaca mata Ray-ban. Lens jenis G-15 ini menyerap 85% cahaya nampak dan menghalang hampir sepenuhnya cahaya biru. Warna lenss hijau memberikan clarity penglihatan yang lebih baik dari segi colour contrast dan yang paling penting tentang G-15 iainya memberikan 'natural vision'.



Lens B-15
 Lens B-15 pula merupakan lens bewarna brown. Lens ini mempunyai ciri-ciri keupayan yang sama dengan twin lens. Warna brown pada lens memberikan lebij kaler contrast dalam keadaan kurang cahaya, memjadikan anda lebih keupayaan melihat lebih jelas dalam keadaan kurang cahaya.



Lens Legends
 Lens ini merupakan yang terbaru, limited edition lens dengan kualiti crystal dan adalah 100% UV protection. Dan yang penting dapat memberikan clarity yang lebih bagus. Dengan pelbagai pilihan warna dan jenis pelbagai jenis gabungan warna menajadikan lens legends sebagai lens yang vintage tetapi tidak ketinggal zaman.

 
Lens Gradient
 Satu lagi lens yang popular digunakan oleh Ray ban iaitu jenis gradient. Atau ada yang memanggilnya lens 2 tonnes. Bagi gradient lens terdapat 2 jenis lens digunakan iaitu pada lens kaca dan lens plastik. Bagi lens kaca, lens tersebut ditinted pada bahagian belakang lens dengan menggunakan proses vacum. Dengan ini ia membernarkan lens pada bahagian atas kelihatan lebih gelap berbanding pada bahagian bawahnya. Untuk lens jenis plastik pula, ianya menggunakan proses chemical immersion bagi membuatkan lens tersebut kelihatan gradient



Lens Polarized
 Lens polarized memang tidak dapat dinafikan amat popular dikalangan kaki Ray ban di Malaysia. Kebanyakan mereka mencari lens polarized walaupun banyak lagi lens yang popular dikeluarkan Ray-ban. Untuk lens polarize bagis self reflection adalah sangat bagus tetapi bagi surface reflection adalah tidak bagus. Fungsi polarized antaranya menyekat lebihan sinaran silau, menambahbaik color contast, mengurangkan kesakitan pada mata dan menabahbaik visual calrity.


Lens Mirror
 Lens Ray ban mirror sejak kebalakangan ini kembali popular kerana terdapat ramai artis memakai Ray-ban jenis lens mirror. Bagi menghasilkan lens jenis mirror ini, alatan tertentu digunakan untuk superheated metal oxide pada lens tetapi dengan memastikan molecular yang digunakan melekat secara rata pada permukaan lens.



Ok ini merupakan lens-lens popular yang digunakan oleh Ray-ban dari tahun 1937 hinggan sekarang. Terdapat banyak lagi lens yang digunakan, akan Abang Chik review pada masa akan datang. Buat peminat Ray-ban anda juga perlu tahu jenis lens apa yang digunakan pada Ray ban anda. Bukan setakat pakai sahaja ye sebab setiap lens mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri.


Cermin Mata Hitler untuk dilelong


Adolf Hitler memakai cermin mata ketika membaca


BERLIN 5 Okt. - Cermin mata milik ketua Nazi, Adolf Hitler adalah antara barangan milik pemimpin diktator itu yang bakal dilelong dalam satu upacara lelongan besar-besaran hujung bulan ini. Walaupun Hitler jarang dilihat memakainya kerana menganggap ia sebagai satu kelemahan dan boleh menjatuhkan martabatnya, cermin mata dengan bekas kulit hitam dan tertera nama pakar optik Berlin, Ruhnke itu dijangka akan dilelong pada harga permulaan 5,000 pound (RM24,660).

Antara barangan lain Hitler yang turut akan dilelong termasuklah bekas rokok perak yang akan ditawarkan dengan harga permulaan 9,500 pound (RM46,847). Hitler bukanlah seorang perokok tetapi rokok disediakan untuk orang kenamaan yang datang ke Reich Chancellery di Berlin. Koleksi paling menarik yang bakal dilelong pula adalah jam emas yang dihadiahkan kepada Hitler pada tahun 1929 dan ditemui pada mayatnya.

 Lelongan ini dikendalikan oleh Hermann Historica Munich, antara firma lelongan paling berpengaruh di Jerman.

Gangnam style sunglasses





Salam ahad semua,

Hari ni Abang Chik nak review spek mata yang dipakai oleh PSY gangnam style  dalam video klip yang tengah meletup di Youtube dengan 517M view di Youtube (sehingga artikel ini ditulis).

Kerana ada fan-fan tegar psy ini tanya Abang Chik macam mana nak dapatkan spek ini. Antara SMS Abang Chik tanya 'bro ada x spek mata hitam macam PSY gangnam syle tu pakai?"  Mungkin sebab populariti lagu Gangnam Style semua nak ikut imej pSY kot hehehe.
Spek mata dipakai spy gangnam style jenama Thierry Lasry warna Tortoiseshell.

Ok sebenarnya sunglasses psy gangnam style pakai tu spek jenama Thierry Lasry. Kebanyakan model sunglasses Gangnam Style dipakai PSY ni adalah dari model yang berbeza jenama yang sama. Tetapi yang paling popular adalah warna seakan-akan Tortoiseshell, Harga spek mata Tierry Lasry ini dijual dengan harga USD371. Satu lagi spek yang dipakai oleh PSY adalah dari jenama Thierry Lasry juga tetapi bewarna black frames with gold earpieces. Spek ini berharga USD425.

Sunglasses Gangnam Style

Dua design spek ini merupakan spek yang paling popular kerana PSY memakai dalam official clip videonya. Buat peminat PSY, untuk mendapatkan spek Thierry Lasry ini agak sukar di Malaysia kerana tidak semua kedai optikal ada menjual sunglasses Thierry Lasry sama dipakai PSY ini.

Buat pengetahuan anda Ray ban juga ada mengeluarkan spek mata Gangnam Style ini. Model yang Abang Chik maksudkan adalah model RB4168 juga dipanggil Ray ban Meteor. Design Ray ban Meteor ini seakan2 model Thierry Lasry yang dipakai PSY. Jadi kepada yang berminat untuk memakai sunglasses gangnam style bolehla dapati spek Thierry Lasry ini. Alternativenya ray ban meteor RB4168 adalah sama seperti model sunglass yang dipakai psy Gangnam Style.

Ray ban Meteor RB4168 design sama seperti spek dipakai gangnam sytle.


Berminat nak dapatkan spek mata ala Oppa Gangnam Style??




Tags: Spek mata gangnam style, Spek mata psy, Sunglasses gangnam style, ray ban gangnam style, ray ban psy, ray ban meteor gangnam style, kaca mata thierry lasry, spek mata macam gangnam style.